*Pape pon nie ade serba ckit tips utk sama2 kite memotivasikn diri kite nie...yupp!!
No 1 :-
Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda.
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat
mengaku kalah dan mudah putus asa.No 2:-
Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan.
Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza.
No 3 :-
Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). No 4:-
Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.
Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup.
No 5 :-
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat!
Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.